You are currently viewing Refleksi

Refleksi

 

Baru-baru ini saya berpeluang membantu anak perempuan saya yang berusia 10 tahun membuat persiapan untuk perucapan awam. Melihat kesungguhan beliau menghayati skrip ucapannya benar-benar menginspirasikan saya dan mengimbau kenangan zaman kanak-kanak saya. Pada usia beliau, dunia saya hanyalah tentang memanjat pokok rambutan dan memancing di parit tempatan, tanpa memikirkan tentang perucapan awam. Oh betapa cepat masa berlalu.

Tajuk yang diberi adalah “Engineer”. Pada saya, tajuk ini biasa-biasa sahaja. Namun, bila ia diucapkan oleh anak perempuan saya, ia memberi kesedaran bahawa mulianya menjadi jurutera. Rasa terharu. Saya kongsikan bait-bait ucapan beliau di sini untuk simpanan.

Engineering

“Today I want to talk about engineering and how it helps our community. Engineering is important because it help us build better places.

First, engineers design schools, hospitals, and homes. These buildings help us learn and stay healthy.

Next, engineers build roads and bridges. They help us travel safely to school and visit friends.

They help protect nature by keeping our air and water clean. This is good for our health.

Finally, engineers create new technology like robots and computers. This make learning fun.

In conclusion, engineering helps our community in many ways. Let’s appreciate engineers for making our life better. Thank you for listening.”

 

Mendengar beliau menyampaikan ucapan ini adalah pengalaman yang penuh emosi. Sangat menyentuh hati melihat anak perempuan saya memahami nilai dan sumbangan jurutera pada usia yang begitu muda. Beliau membuatkan saya bangga dengan mengiktiraf kepentingan profesion yang sering tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Sempena ulang tahun ke-10 beliau, saya raikan perkembangan beliau memahami erti kehidupan. Beliau telah menunjukkan kepada saya bahawa walaupun topik yang paling biasa boleh memegang makna yang mendalam apabila dilihat dari perspektif seorang kanak-kanak. Ucapannya lebih daripada sekadar persediaan untuk pertandingan, ia adalah penghargaan tulus kepada wira yang bernama jurutera tanpa tanda jasa yang membuat dunia kita lebih baik.

Selamat ulang tahun, Nor Amani. Semoga anda terus belajar, berkembang, dan memberi inspirasi kepada orang lain dengan kata-kata dan tindakan yang baik.

 

Norazalin Nasaha

Digital & Engineering Practitioner

Leave a Reply